[PODCAST] Apakah Faktor Kegusaran Rakyat Malaysia Untuk Bertukar Kepada EV?
Moderator : AJK PEKEMA (PROJEK KHUSUS PENUBUHAN KOPERASI) – EN AHMAD FARESH B AHMAD ZAHID (FARESH MOTOR (M) SDN BHD)
Panel 1 : BIRO PERHUBUNGAN PEKEMA ACADEMY – PN NIK ARIFAH BT NIK MAHMOOD (REDWHEELS SDN BHD)
Panel 2 : NAIB PRESIDEN PEKEMA & KETUA DEWAN MUDA – YM RAJA PETRA MARUDDIN B RAJA NOORDIN (VISION MOTORSPORTS SDN BHD)
Barisan panel kami pada episod pertama ini merupakan antara ahli perniagaan yang telah lama berkecimpung dalam industri automotif di Malaysia. Mereka juga merupakan barisan Ahli Jawatan Kuasa PEKEMA. PEKEMA adalah Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia.
Bual bicara progres pengadaptasian EV di Malaysia pada episode ke 2 pada kali ini membicarakan pendapat dan pengalaman barisan panel kami selaku pengimport EV di Malaysia tentang faktor-faktor kegusaran rakyat Malaysia sebelum mereka mengambil keputusan untuk bertukar kepada kenderaan elektrik sepenuhnya.
Jangan lupa kongsikan juga kegusaran anda yang menjadi batu penghalang untuk anda memiliki EV. Dengan bersama-sama berkongsi pendapat, kita boleh sama-sama mencari jalan penyelesaian. Untuk hanya berharap agar pihak kerajaan sahaja untuk bertungkus-lumus memajukan ekonomi negara dan menjaga alam sekitar kita, lebih baik jika kita sumbangkan tenaga, usaha dan idea-idea yang lebih bernas lagi untuk terus bangkit melawan arus kemerosotan ekonomi negara.
Teruskan bersama kami untuk kita sama-sama rungkaikan, mencari pencerahan dan jalan penyelesaian untuk Malaysia dan industri automotif kekal relevan pada hari ini, dan di masa akan datang.
Sokongan anda adalah pemangkin semangat kami! FOLLOW LIKE KOMEN SHARE DAN SUBSCRIBE untuk kita sama-sama terus menjadi rakyat yang berinformasi dan bijak!