Yayasan PEKEMA meneruskan komitmen dalam menyantuni kebajikan mahasiswa menerusi Program Gerobok Rezeki Siswa Yayasan PEKEMA dengan sumbangan berjumlah RM180,000 kepada 9 institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Sumbangan sebanyak RM20,000 kepada setiap universiti ini merupakan pelaksanaan Fasa 2 Gerobok Rezeki Yayasan PEKEMA 2026, bagi membantu menyediakan makanan dan barangan keperluan asas kepada mahasiswa yang memerlukan.
Antara 9 IPTA yang menerima sumbangan ialah:
🎓 Universiti Malaya (UM)
🎓 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
🎓 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
🎓 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
🎓 Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
🎓 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
🎓 Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
🎓 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
🎓 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Dengan pelaksanaan Fasa 1 pada Mac lalu yang melibatkan 11 IPTA, keseluruhan 20 IPTA telah menerima manfaat Gerobok Rezeki Yayasan PEKEMA dengan jumlah sumbangan sebanyak RM400,000 sepanjang tahun 2026.
Semoga inisiatif ini dapat membantu meringankan beban mahasiswa, khususnya mereka yang memerlukan, serta memastikan keperluan asas tidak menjadi penghalang untuk mereka terus menimba ilmu dan mengejar cita-cita.












