Alhamdulillah, PEKEMA Bowling Tournament telah selesai dengan jayanya pada 26 September 2026, diserikan dengan penyertaan dan sokongan yang amat menggalakkan.
Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform untuk menyemarakkan gaya hidup aktif dan persaingan sihat, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli PEKEMA, agensi kerajaan dan rakan-rakan strategik.
PEKEMA bersama Dewan Muda PEKEMA (DMP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta serta pihak yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan kejohanan ini.
Semoga semangat kebersamaan ini terus menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat pada masa akan datang.
Terima kasih dan tahniah kepada semua! 🏆






















