Yayasan PEKEMA bertindak sebagai sebuah badan amal dan kebajikan yang mana dana yang terkumpul adalah hasil daripada sumbangan ahli-ahli PEKEMA yang bertanggungjawab memainkan peranan yang sangat besar sebagai Corporate Social Responsibility (CSR) untuk meneruskan agenda Yayasan PEKEMA iaitu merancang, melaksana, dan mengurus program-program untuk kebajikan yang berfaedah untuk masyarakat dan negara.

Matlamat Yayasan PEKEMA ialah semata-mata untuk membantu menghulurkan sumbangan sama ada berupa kewangan mahupun material kepada masyarakat yang memerlukan terutamanya bantuan kepada penduduk yang dikategorikan sebagai fakir atau miskin. Secara tidak langsung peranan yang dimainkan oleh Yayasan PEKEMA ini dapat membantu kerajaan mencapai matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia. Dengan ini, ahli-ahli PEKEMA bukan sahaja dikenali semata-mata sebagai entiti perniagaan yang berjaya bahkan sebagai komuniti perniagaan yang prihatin dan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat menerusi Yayasan PEKEMA ini.

Sumbangan PEKEMA kepada masyarakat terdiri daripada beberapa bahagian

1.  Kemasyarakatan
2.  Pendidikan
3.  Bencana Alam
4.  Pertubuhan @ PR

Sumbangan Yayasan PEKEMA Sehingga 2020

No Data Found

Jumlah Sumbangan Yayasan PEKEMA

RM 0

Pecahan Sumbangan

No Data Found