En. Mohd Hasiif bin Mohd Hasbi
Doktor telah mengesahkan bahawa anaknya, Muhammad Hafiy Affan menghidap Syndrome Antley-Bixler iaitu tidak normal pada struktur tulang tengkorak, muka, & rahang. Di samping itu, ia juga menyebabkan masalah pada bahagian otak, mata, & saluran pernafasan.
Antara masalah yang dihidapinya ialah tiada lubang telinga, tangan & kaki bengkok, lelangit tinggi, masalah pernafasan, air dalam kepala, & mata tertonjol keluar.
Terkini, anak syurga ini di bawah penjagaan pasukan kraniofasial PPUM. Dia dijangka akan menjalani pembedahan ‘Monobloc Distraction Osteogenesis’ tidak lama lagi.
Angggaran perbelanjaan bagi beberapa siri prosedur pembedahan anak adalah seperti berikut:
No. | Kos setiap bulan (terkini) | RM |
1. | 3D stereolothography skull model | 400.00 |
2. | Internal Midface Distraction system | 70,000.00 |
3. | Piezoelectric system | 1,500.00 |
4. | Hospital charges and investigations -ICU, wards, CT scan, etc | 1,000.00 |
5. | Tracheostomy | 1,080.00 |
JUMLAH | 73,980.00 |
En, Hasif mendapat sumber pendapatan melalui perniagaan secara atas talian sahaja.
Rentetan itu, Yayasan PEKEMA terpanggil untuk meluluskan sumbangan sebanyak RM5,000.00 untuk membiayai kos rawatan serta membantu mengurangkan sedikit sebanyak bebanan yang dipikul. Sumbangan telah disampaikan oleh Sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus Agihan Dana Yayasan PEKEMA iaitu Encik Mohd Yusof bin Rebu di Wad Kanak-Kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Encik Hasiif mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan PEKEMA di atas sumbangan yang diterima ini.