PEKEMA Riders Club 10th Anniversary Brunch Rides telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Oktober 2026, melibatkan penyertaan lebih 200 penunggang motosikal yang bersama-sama memeriahkan konvoi sempena ulang tahun ke-10 penubuhan PEKEMA Riders Club.
Penganjuran program ini menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan antara ahli, berkongsi minat terhadap dunia permotoran serta memupuk semangat persaudaraan dalam komuniti rider.
Konvoi dimulakan dengan sesi pelepasan di R&R Beranang sebelum para peserta meneruskan perjalanan ke Restoran Singgah Kemin, Route 86, Jelebu, Negeri Sembilan.
Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat komuniti permotoran, malah menjadi satu pengalaman bermakna dalam meraikan satu dekad perjalanan PEKEMA Riders Club.












