PEKEMA Academy telah berjaya menganjurkan TikTok Marketing Turbo pada 29 September 2026 (Selasa), bertempat di Wisma Yayasan PEKEMA dengan penyertaan seramai 52 orang peserta.
Program latihan ini bertujuan untuk memperkasakan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pemasaran digital melalui platform TikTok, merangkumi strategi pemasaran, penghasilan kandungan kreatif serta teknik meningkatkan keberkesanan promosi bagi mengembangkan perniagaan.
Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam memperkukuh strategi pemasaran digital serta meningkatkan daya saing perniagaan masing-masing.









