15 & 16 Mac 2025 | Johor Bahru
Yayasan PEKEMA meneruskan tradisi tahunan dengan program Bantuan Persiapan Menjelang Syawal 2025, membawa kegembiraan kepada anak-anak yatim dan para pelajar dari golongan asnaf. Tahun ini, seramai 257 penerima daripada empat badan kebajikan menerima sumbangan baucar membeli-belah bernilai RM200 setiap seorang, membolehkan mereka memilih sendiri kelengkapan raya seperti baju baharu, jam tangan, kasut, dan keperluan lain di Mydin Mall Mutiara Rini, Johor Bahru.
Senarai badan kebajikan yang menerima sumbangan tahun ini:
– Pertubuhan Kebajikan Ehsan Penyayang (122 anak-anak asnaf & yatim)
– Rumah Perlindungan Kanak-kanak TBQ Amal (50 kanak-kanak)
– Asrama Kebajikan (Lelaki & Perempuan) Ar-Rayan (60 pelajar)
– Rumah Anak Yatim Shafar (25 anak yatim)
Tahun ini juga menandakan tahun ketiga Tn Hj Muhammad Fahmi B. Datuk Seri Paduka Dr Hj Hassan dari Kasawari Motors Sdn Bhd mewakili Dewan Muda PEKEMA dalam menyampaikan sumbangan ini. Kumpulan tenaga kerja dari Kasawari Motors turut memainkan peranan dalam menyelaras perjalanan program bagi memastikan kelancaran setiap proses.
Dengan ini, Dewan Muda PEKEMA ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan PEKEMA, PEKEMA, dan Kasawari Motors Sdn Bhd atas komitmen berterusan dalam menjayakan program ini.
Semoga inisiatif ini terus memberi manfaat dan membawa kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan.
Menyemai kasih, membina masa depan.





