PEKEMA EV

Kemajuan Kenderaan Electric Vehicle (EV) menjadi semakin pesat membangun dan mendapat tempat di dalam pasaran di seluruh niaga akibat kemajuan dalam automotif dunia. Kemajuan Kenderaan EV diterajui oleh syarikat gergasi seperti TESLA telah membawa perubahan yang sangat besar di seluruh dunia dengan teknologi yang mampan dan canggih.

PEKEMA turut berminat untuk memajukan industri kenderaan EV di negara ini. Antara tokoh yang sedang giat berusaha bagi membawa industri EV ke Malaysia ialah Naib Presiden PEKEMA merangkap Ketua Dewan Muda PEKEMA, YM Raja Petra Marudin Bin Raja Nordin. Beliau telah banyak berurusan dengan kerajaan dan syarikat swasta bagi memberi nafas baru dalam industri automotif negara dengan kemasukan EV dan stesyen pengecas EV di Malaysia.

Hasil perjuangan beliau membuahkan hasil kerana banyak kenderaan Electrik mula mengambil tempat di dalam pasaran automotif tempatan.

YM Raja Petra Marudin Bin Raja Nordin
Naib Presiden PEKEMA & Ketua Dewan Muda PEKEMA
Vision Motorsport Sdn Bhd