PEKEMA Pickleball Tournament 2026 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan pada 12 September 2026 di Grand Rally Pickleball Shah Alam, menghimpunkan ahli PEKEMA, agensi kerajaan dan rakan strategik dalam sebuah kejohanan yang sarat dengan semangat kesukanan dan persaingan sihat.
Setiap aksi, setiap mata dan setiap sorakan mencerminkan semangat para peserta untuk memberikan yang terbaik sambil mengeratkan silaturahim dan memperkukuh hubungan sesama komuniti PEKEMA.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta atas semangat juang, aksi mantap dan persaingan sihat yang dipamerkan sepanjang kejohanan! 🏆🔥
Sekalung penghargaan juga diucapkan buat para penyokong dan rakan penaja:
Standard Chartered | MDA Catering | Oakley | SKYWORTH | Garmin | Silver Linings | Hausboom
Semoga kita dapat berjumpa lagi di masa akan datang! 💪🏻

























