Pn Rosiah binti Baharuddin
Perkahwinan Pn Rosiah dan En Ameran telah dikurniakan dengan 5 orang anak. Namun 2 orang daripada merupakan anak-anak istimewa OKU akal dan OKU penglihatan
Pada 28 Mac 2022, Pn Rosiah telah mengalami kemalangan dengan sebuah kereta (langgar lari) semasa menunggang motorsikal pada waktu malam dan tidak sedarkan diri. Beliau mengalami kecederaan teruk di kaki kanan dan tangan kiri.
Pn Rosiah telah pun dibenarkan untuk keluar daripada hospital dan berehat sepanjang tempoh pemulihan. Pn Rosiah tidak dapat bertugas sebagai seorang pembantu awam di Klinik Kesihatan Selayang Baru manakala suaminya tidak bekerja.
Pihak PEKEMA telah meluluskan sebanyak RM 3,000 bagi membantu Pn Rosiah menjalani kehidupan seharian semasa beliau masih dalam proses pemulihan