Pn Nadzirah Fikriah binti Mustaffa
Pn Nadzirah dan En Muhammad Muhaimin dikurniakan seorang cahaya mata yang masih berumur 3 tahun, namun malangnya, pada 14 Mac 2022 yang lalu, En. Muhammad Muhaimin telah mengalami kemalangan jalan raya akibat terjatuh semasa menunggang motosikal seorang diri akibat jalan tidak rata ketika berada di selekoh jejambat ke arah Setia Eco Glade.
Susulan kemalangan tersebut, En Muhaimin telah mengalami kecedaraan yang sangat teruk pada bahagian ketiak dan patah lengan kanan. Bagi menyelamatkan nyawa beliau, tangan kanannya terpaksa dipotong. En Muhaimin bekerja sebagai seorang penghantar makanan Grab Food manakala Pn Nadzirah sebagai suri rumah.


Pihak Yayasan PEKEMA bersimpati dengan nasib yang menimpa beliau sekeluarga, akibat daripada kemalangan tersebut En Muhaimin tidak dapat keluar bekerja. Oleh itu, bagi membantu meringankan beban mereka, pihak pengurusan Yayasan PEKEMA telah memberikan sumbangan sebanyak RM 5,000 secara tunai.
