Program Bantuan Kasih Ramadan 2026 telah berlangsung di premis Centre Cables Berhad (CCB), Melaka, sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikan Yayasan PEKEMA dalam menyantuni golongan asnaf dan B40, semalam.
Melalui program ini, Yayasan PEKEMA telah menyalurkan sumbangan wang tunai, manakala pihak Centre Cables Berhad (CCB) turut memberikan kerjasama dengan menyumbangkan barangan dapur serta bubur lambuk kepada para penerima.
Majlis turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah Yayasan PEKEMA, Prof. Madya Dr. Nur Syahrina Binti Rahim, yang bersama-sama menyantuni para penerima dalam suasana penuh keprihatinan.
Inisiatif yang dilaksanakan terutamanya dalam 10 hari terakhir Ramadan ini diharap dapat meringankan beban serta membawa kegembiraan kepada golongan yang memerlukan. Usaha murni ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 261:
“Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada tiap-tiap tangkai itu terdapat seratus biji. Dan Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
Salam Ramadan Al-Mubarak ✨










