Pn. Nor Hatifah Binti Mohd Hatim
Jabatan IT & Komunikasi Korporat PEKEMA
June 4, 2022
1 min read
Pada 24 Februari 2022 yang lalu, suami Pn Hatifah, En Hafizi telah terlibat dalam sebuah kemalangan dan pengsan semasa kejadian berlaku. Akibat daripada kemalangan tersebut, En Hafizi telah mengalami kecederaan otak dan saraf. Beliau hanya mampu berbaring dan masih lagi menerima rawatan di hospital.
Pn Hatifah berkerja sebagai seorang guru tadika manakala suaminya merupakan seorang despatch. Beliau memerlukan bantuan untuk menampung kos sara hidup akibat suaminya yang tidak boleh bekerja serta membayar kos rawatan suaminya.
PEKEMA telah meluluskan sumbangan sebanyak RM 3,000 bagi membantu menampung kos sara hidup dan rawatan suaminya.
Views : 25