En. Muhammad Najib Bin Laili
En. Muhammad Najib Bin Laili berumur 50 tahun dan berkahwin dengan Pn Haslenda Binti Che Halim yang berumur 46 tahun. Perkahwinan bahagia mereka telah dikurniakan seramai 8 orang anak lelaki dan perempuan yang kebanyakannya masih sedang belajar.
Anaknya yang sulong, Cik Siti Marjan Bin Muhammad Najib telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Universiti Sultan Azlan Shah Tempoh pengajian beliau adalah selama 3 tahun & 6 bulan.
mereka menghadapi masalah iaitu En. Najib mempunyai tanggungan yang ramai & sumber pendapatan yang tidak menentu. En. Najib juga meannggung kakaknya Pn Hasnah Binti Laili merupakan seorang OKU Mental. En. Najib menjual makanan produk sunnah secara kecil-kecilan manakala isterinya sebagai suri rumah sahaja
Pada 26 Mei 2023 Jumaat yang lepas, telah diadakan satu penyerahan sumbangan kepada En. Muhammad Najib yang telah diluluskan permohonannya dalam mesyuarat Yayasan PEKEMA yang lepas. Anaknya yang Sulong Siti Marjan telah menerima tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Universiti Sultan Azlan Shah.
Dengan berbesar hatinya Yayasan PEKEMA telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM 4,000 kepada beliau dan telah disampaikan oleh Pengurusan Yayasan PEKEMA, En. Mohd Yusof Rebu di kediamannya di Perak. En Najib merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan