Pn Wirdawati dan suaminya, En Mohd Azmi telah dikurniakan dengan 4 orang cahaya mata. Namun salah seorang daripada mereka, iaitu anak bongsunya yang berumur 11 bulan, Nur Amanah telah disahkan menghidap penyakit down syndrome with PDA and primaty PHT. Selain itu, bayi istimewa ini juga mengalami sakit kronik iaitu mengalami tekanan paru-paru dan saluran darah berlubang.
Sejak lahir, bayi istimewa ini memerlukan bantuan oksigen dan CPAP untuk bernafas. Keadaan terkini (Feb 2023) bayi ini diletakkan di wad ICU kerana mendapat jangkitan Virus RSV, adik ini juga dijadualkan untuk menjalani pembedahan bagi menutup saluran darah yang berlubang.
Pn. Wirdawati hanyalah seorang suri rumah manakala suami bekerja sebagai Operator RTG (PTP). Beliau ingin memohon sedikit sumbangan bagi menampung kos rawatan anaknya serta bantuan sara hidup
PEKEMA telah meluluskan sumbangan sebanyak RM 3,000.00 kepada Pn Wirdawati, sumbangan ini telah disampaikan terus kepada beliau di Hospital Sultanah Amianah. Di harapkan dengan sumbangan ini sedikit sebanyak menampung kos rawatan anaknya serta membantu beliau dan keluarga dalam kehidupan seharian.