En. Mohd Nazim Bin Md Sabar
En. Mohd Nazim Bin Md Sabar berumur 48 tahun serta pasangannya Pn Roslina Binti Zainal Abidin bersama-sama 6 orang anaknya di uji dengan musibah di mana rumah kediaman mereka di Kuala Kurau dinaiki air dan rosak akibat berlaku hujan lebat dan angin kencang pada 23 Mac 2023.
Rentetan daripada musibah ini, segala barangan dan alatan di rumah beliau telah rosak dan beliau mengalami kerugian kira-kira RM 10,000. En. Mohd Nazim bekerja sebagai pemotong rumput ingin memohon bantuan untuk membaiki rumahnya yang rosak.
Bagi membantu En. Nazim dalam usaha beliau membaik pulih rumah, Yayasan PEKEMA telah meluluskan bantuan sebanyak RM 3.000 kepada beliau. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh En. Mohd Yusof Bin Rebu di kediaman beliau pada 27 mei 2023. En Nazim merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Yayasan PEKEMA di atas sumbangan yang diberikan.