En. Azrul Ezuan bin Ahmad
En Azrul dan isteri dikurniakan seorang anak, Muhammad Ammar Amsyar Bin Azrul yang telah disahkan menghidap penyakit Atresia Biliari (hati tersumbat) sejak lahir lagi. Dia dalam kategori lahir tanpa saluran dari hati ke pundi hempedu.
Anak kecil ini perlu menjalani pembedahan hati (living donor liver transplantation) dengan kadar segera kerana fungsi hatinya semakin merosot. Tanpa pemindahan hati, adik Ammar berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Puan Sapizah bakal menderma hatinya & pembedahan dijangka akan berlangsung di Hospital Apollo, India dalam masa terdekat.
Encik Azrul bekerja sebagai pemandu lori TMJ Ceramics Baling manakala isterinya hanyalah surirumah sepenuh.
Kes ini dibawa ke Mesyuarat Yayasan PEKEMA dan telah meluluskan bantuan sebanyak RM 5,000 kepada En Azrul bagi membantu adik Ammar menjalani pembedahan hati.