Surau dalam proses menaiktaraf fasilitinya memandangkan keadaan surau yang telah uzur. Antara proses menaiktaraf yang sedang dijalankan adalah pembinaan tandas & tempat wudhu’, & penambahan ruang tempat memasak.
Surau juga menghadapi beberapa masalah lain iaitu kerosakan salur paip atap surau, tiada tangki air surau, dan atap-atap surau yang telah retak sehingga menyebabkan kebocoran. Surau terletak di kawasan perumahan Kastam yang mempunyai kediaman penduduk kira-kira seramai 800 orang. Surau ini telah dibina sejak tahun 1990 lagi.
Anggaran kos adalah sebanyak RM100,000.00 sahaja namun jumlah kutipan terkini hanyalah sebanyak RM5,376.00 sahaja.
Mesyuarat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 5,000 sebagai sumbangan dana baik pulih surau.
Views : 8