Cik. Siti Noorsaerah binti Hasbullah
Jabatan IT & Komunikasi Korporat PEKEMA
January 30, 2023
1 min read
Anaknya yang kedua, Nur Akma (17 Tahun) telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Kemahiran Pengurusan Umrah & Ziarah di UKM Bangi bermula Januari 2023 dimana tempoh pengajian ialah 2 tahun 4 bulan.
Namun begitu, beliau mengalami masalah kekurangan kewangan untuk menjelaskan yuran pendaftaran sebanyak RM 1,980.00. Pn Siti bersama suami berniaga sebagai penjual baju bundle dan makanan kecil-kecilan.
Pada 30 Januari 2023, Yayasan PEKEMA telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM 2,000 kepada beliau bagi membiayai pelajaran anaknya. Sumbangan ikhlas ini disampaikan oleh kepada Dato’ Wan Sazrudeen, Datin Hjh Sharifah serta Encik Ikmal Haqemi di Wisma Yayasan PEKEMA Cyberjaya.
Views : 23