Pn. Suhana binti Ibrahim @ Alias
Pn Suhana bekerja dengan mengambil upah mengemas rumah sahaja manakala suaminya, En Faizal pula bekerja sebagai pemandu lori kecil dan hanya mendapat pendapatan yang sedikit sahaja berikutan permintaan yang sedikit dan tidak menentu.
Keluarga ini mengalami masalah kewangan dan mempunyai banyak tunggakan seperti sewa rumah, bil-bil dan barangan keperluan harian. Berikutan musim persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi, mereka juga memerlukan bantuan persekolahan untuk anak-anak.
Terkini Pn Suhana telah terjatuh tangga semasa ingin membersihkan kipas syiling dan mengalami keretakan di tangan kanan. Beliau mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Negeri Sembilan.

Pada 30 Januari 2023, Yayasan PEKEMA telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM 3,000 kepada beliau dan keluarga. Sumbangan ikhlas ini disampaikan oleh kepada Dato’ Wan Sazrudeen, Datin Hjh Sharifah serta Encik Ikmal Haqemi di Wisma Yayasan PEKEMA Cyberjaya.
