Majlis Pengumpulan Dana Ihsan MADANI telah diadakan di Dewan Protokol, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, baru-baru ini dengan penyertaan NGO dan syarikat korporat dalam usaha murni membantu mangsa banjir.
Yayasan PEKEMA telah menyumbang sebanyak RM200,000.00 demi meringankan beban mereka yang terkesan.
Semoga inisiatif ini menjadi inspirasi untuk kita semua terus membantu dan menyokong mereka yang memerlukan.
