AJK Surau Ar-Rayyan sedang usaha untuk menyiapkan sebuah surau baru yang sedang dalam pembinaan hasil sumbangan orang ramai terutama dari penduduk Gugusan Siantan, Kota Damansara. Surau terletak di kawasan perumahan yang mempunyai kediaman penduduk kira-kira seramai 480 unit rumah.
Anggaran kos adalah sebanyak RM300,000.00 sahaja. Terkini, kira-kira 45% pembinaan surau telah dilaksanakan. Mereka buat secara bergotong-royong menggunakan tenaga penduduk setempat serta dibantu oleh warga Indonesia.


Surau juga menghadapi beberapa masalah lain iaitu kerosakan salur paip atap surau, tiada tangki air surau, dan atap-atap surau yang telah retak sehingga menyebabkan kebocoran. Surau terletak di kawasan perumahan Kastam yang mempunyai kediaman penduduk kira-kira seramai 800 orang. Surau ini telah dibina sejak tahun 1990 lagi.
Anggaran kos adalah sebanyak RM100,000.00 sahaja namun jumlah kutipan terkini hanyalah sebanyak RM5,376.00 sahaja.

Yayasan PEKEMA telah memberi sumbangan sebanyak RM5,000.00 kepada surau. Sumbangan telah diserahkan oleh Naib Timbalan Presiden PEKEMA iaitu YBhg. Datin Hjh Sharifah Noor Syed Abd Rahman. Penyerahan ini telah dibuat di tapak surau di Blok 3, Gugusan Siantan Seksyen 5, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya. Yayasan PEKEMA merakamkan ucapan terima kasih kepada YBhg. Datin Sharifah di atas kesudian beliau meluangkan masa menjayakan penyerahan sumbangan ini.