Pn. Khairuniza binti Hasbullah
Anaknya yang kedua, Na’iem telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Kemahiran Pengurusan Umrah & Ziarah di UKM Bangi bermula Julai 2022 yang lepas.Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun & 4 bulan.
Masalah yang dihadapi: tidak dapat melunaskan yuran pendaftaran sebanyak RM1,980.00 sahaja kerana tawaran yang diterima adalah secara ‘mengejut’ & tiada simpanan yang diperuntukan buat masa terdekat.


Puan Khairuniza mengambil upah bekerja sebagai tukang urut terapi manakala suaminya sebagai pemandu teksi. Na’eim telah berjaya menamatkan hafazan Al-Quran sebanyak 30 juzuk di Maahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Harapannya hanya satu iaitu ingin melihat anaknya Na’iem berjaya hingga ke akhir pengajian.

Yayasan PEKEMA telah meluluskan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Pn Khairuniza supaya anaknya En Na’iem dapat peneruskan pengajian beliau dalam bidang yang diceburi