Pn Zaiton Binti Ab Maha berumur 56 tahun dikurniakan 4 orang anak hasil perkahwinan bersama suami En Noor Affendy Bin Busu juga berumur 56 tahun. Beliau sekeluarga menetap di Mt 2961, Jln Tbbmt Lorong 16, Taman Bandar Baru, 78300 Masjid Tanah, Melaka. Yayasan PEKEMA menerima maklumat bahawa anak ketiga beliau, En. Nor Edzmalnuddin Bin Noor Affendy telah menimpa kemalangan di asrama platun 15 pada 16 Jun 2022 yang lalu. En Nor Edzmalnuddin merupakan seorang pelatih di pusat latihan polis Kuching.
Pada 16 Jun 2022, En Nor Edzmalnuddin telah terjatuh dari siling bilik dorm pulapol Kuching. Doktor telah mengesahkan bahawa beliau telah mengalami kecedaraan di kepala manakala tulang belakang telah mempunyai kesan keretakan yang sudah lama.


Pada 19 Jun 2022, beliau telah melalui rawatan dengan memasukkan tiub di kepala bagi mengurangkan tekanan pada otak. Pada 21 Jun 2022 keadaan bertambah sukar apabila air otak tidak dapat keluar ke tulang belakang yang menyebabkan otak menjadi bengkak. 2 minggu kemudian, hospital telah melakukan satu lagi pembedahan di bahagian leher untuk memasukkan tiub pernafasan kerana paru-paru telah lemah & menyebabkan oksigennya tidak kuat
Keadaan terkini belia sudah semakin stabil. Sepanjang beliau menerima rawatan, Pn Zaiton dan suami telah menginap di Serapi Verdure Hotel dengan anggaran kos RM 130.00 sehari. Pn Zaiton merupakan seorang suri rumah manakala suami bekerja sebagai pekerja rendah am (PRA) di sebuah syarikat pembersihan.

PEKEMA telah meluluskan sumbangan sebanyak RM 5,000.00 kepada keluar Pn Zaiton sebagai Bantuan Perubatan Anak dan Sara Hidup. Di harapkan dengan sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga beliau.