27 JANUARI 2024
Pada 27hb Januari 2024 (Sabtu) yang lepas, telah diadakan penyerahan sumbangan beg sekolah kepada Sekolah Kebangsaan Iskandar, Alor Setar.
Sekolah terdiri daripada pelajar-pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan. Rentetan itu, Yayasan PEKEMA terpanggil untuk meluluskan sumbangan kemasyarakatan sebanyak 200 buah beg sekolah.
Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan PEKEMA di atas sumbangan yang diterima ini.
