MESYUARAT CADANGAN INTEGRASI SISTEM PEKEMA-APDVS2.0 DENGAN SISTEM EPERMIT (PEKEMA x MITI x DAGANG NET x AUTO CRAVER)
29 Januari 2024
PEKEMA ingin mencadangkan satu pelan integrasi sistem PEKEMA-APDVS2.0 dengan sistem ePermit bagi permohonan AP Terbuka kepada pihak MITI. Tujuannya supaya permohonan tersebut lebih efisyen dan efektif kepada semua pihak yang terlibat iaitu syarikat AP Terbuka, PEKEMA dan pihak MITI.
Sistem permohonan AP Terbuka Syarikat Ahli PEKEMA kini menggunakan PEKEMA-APDVS2.0 dan ePermit. Maklumat kenderaan import perlu dimasukkan ke kedua sistem ini secara berasingan (rujuk Lampiran A).
Integrasi sistem baru membolehkan maklumat kenderaan hanya dimasukkan ke PEKEMA-APDVS2.0 sekali sahaja untuk tujuan verifikasi, sebelum permohonan dihantar ke ePermit untuk diluluskan oleh MITI. Pendekatan ini tidak hanya meningkatkan kecekapan proses verifikasi dan kelulusan AP Terbuka, tetapi juga mengelakkan kehilangan atau keciciran data.
