Step By Step To Digital Marketing
PEKEMA Akademi telah menganjurkan Kursus Step By Step Digital Marketing Kali Ke-3 yang telah disampaikan oleh En Taufiq Janudin Trainer Digital Marketing daripada Dynamic Digital pada 28 Jun 2022 di Wisma Yayasan PEKEMA Cyberjaya.
Kursus ini telah disertai oleh seramai 30 orang peserta daripada Ahli PEKEMA yang ingin belajar cara untuk melakukan pemasaran secara digital terutama sekali daripada platform media sosial paling popular Facebook.
Pemasaran secara digital ini merupakan satu medium yang sangat efektif dan meluas kerana hampir semua orang mempunyai akaun dan akses kepada media sosial. Dalam kursus kali ini, En Taufiq telah menunjukkan cara yang betul untuk melakukan pemasaran melalui iklan di Facebook supaya iklan tersebut sampai pada umum dan golongan tertentu bagi menarik minat mereka.
Kursus tersebut yang berlangsung pada pukul 10.00 pagi sehingga 5.00 petang dilihat menerima sambutan yang baik daripada kalangan para peserta. Diharapkan kursus yang telah dianjurkan ini dapat membantu Ahli PEKEMA dalam memasarkan produk mereka secara atas talian.
Terbaik
terima kasih
hahahahahaha