Pn Sinwati berusia 60 tahun dan tinggal bersama keluarga di Sungai Penchala Kuala Lumpur. Beliau merupakan ibu kepada 4 orang anak. Pada 18 Disember 2021 yang lalu, rumah kediaman yang didiami telah berlaku kejadian tanah runtuh dan menyebabkan rumahnya menjadi ranap dihempap tanah, batu dan pokok. Runtuhan dipercayai adalah berpunca daripada taburan hujan yang lebat dan lama.
Ekoran kejadian itu, beliau memerlukan wang sebanyak RM 65,000 untuk membaiki kerosakan rumahnya. Beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa manakala suami merupakan penternak dan memproses ayam secara kecilan di kampung. Beliau terpaksa menyewa bilik kecil di sebuah rumah tidak jauh daripada rumah mereka.



Bagi meringankan beban Pn Sinwati, PEKEMA telah meluluskan bantuan sebanyak RM 3,000 kepada beliau dan sekeluarga supaya dapat dimanfaatkan dan digunakan sebaiknya.
