Majlis Bacaan Yasin Dan Bacaan Tahlil
Jabatan IT & Komunikasi Korporat PEKEMA
February 28, 2022
Majlis Bacaan Yasin Dan Tahlil
Pada 2 Februari 2022, seluruh warga PEKEMA khususnya di negeri Sarawak telah dikejutkan dengan berita pemergian Presiden PEKEMA Sarawak merangkap Timbalan Presiden PEKEMA Pusat, Allahyarham Tan Sri Abang Khalid Marzuki akibat daripada kanser usus tahap ketiga
Allahyarham merupakan seorang tokoh yang sangat disegani dan disayangi ramai,beliau telah memberikan banyak jasa terutama sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Presiden PEKEMA Sarawak
Majlis tahlil tersebut telah di adakan di Wisma Yayasan PEKEMA Cyberjaya pada 18 Februari 2022, ramai daripada kalangan Ahli PEKEMA yang berkesempatan menghadiri majlis tersebut bagi membacakan yasin dan doa agar roh Allahyarham Tan Sri sentiasa berada di dalam rahmat Allah S.W.T.



Views : 25