
Pada 18 Mac 2022, PEKEMA telah menganjurkan satu program bertemakan “Sembang Mesra Di Pulau Mutiara” yang diadakan di Pulau Pinang bertujuan untuk bertemu semua Ahli PEKEMA di bahagian Utara Semenanjung Malaysia.
Perjumpaan ini telah diadakan di Hotel Shangri La Golden Sands Pulau Pinang dimana sebanyak 17 buah Syarikat Pemegang AP Terbuka telah menghadiri perjumpaan tersebut. Tujuan utama perjumpaan ini di adakan ialah sebagai satu usaha PEKEMA untuk bertemu dan merapatkan lagi hubungan diantara Ahli PEKEMA,EXCO dan AJK PEKEMA disamping membincangkan segala isu dan permasalahan yang dihadapi oleh Ahli PEKEMA. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk sebagai satu wadah perkenalan untuk Ahli PEKEMA yang baru dilantik bagi mengenali dan mempelajari segala ilmu perniagaan otomotif bersama Ahli PEKEMA yang lebih berpengalaman.
Program diteruskan dengan perjumpaan yang lebih santai pada waktu malam dengan Jamuan Makan yang enak disediakan oleh pihak hotel. Sepanjang program dijalankan, kehadiran dan respons yang ditunjukkan oleh Ahli PEKEMA adalah sangat memuaskan. Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada semua Ahli PEKEMA dalam menjalankan perniagaan otomotif disamping mengeratkan hubungan sesama ahli.