BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIK, JKDM
14HB MAC 2024
PEKEMA telah mengadakan perjumpaan untuk membincangkan isu berkaitan maklumat varian kenderaan pada Permit Import (AP) yang dikemas kini oleh MITI melalui sistem e-Permit mulai 1 September 2023.
Timbalan Presiden PEKEMA, YBhg Dato’ Wan Sazrudeen, mencadangkan pemeriksaan fizikal kenderaan pra-penghantaran di negara pengeksport untuk menentukan varian dengan penglibatan Puspakom. Kajian semula struktur cukai kenderaan CBU import terpakai juga perlu dilihat secara keseluruhan industri.