11 MAC 2024
Selari dengan peredaran semasa, penggunaan kecerdasan buatan (A.I) dalam aktiviti seharian, PEKEMA Akademi telah mengambil inisiatif bagi memberikan pendedahan kepada Syarikat-syarikat Ahli PEKEMA dalam menggunakan teknik A.I ini dalam aktiviti penjualan dan pemasaran kenderaan serta sistem pekerjaan lain di pejabat.
Kursus ini dijalankan oleh Mr Phang Sern Yong yang mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang A.I di Malaysia. Mr Phang juga merupakan Pengasas kepada ChatGPT Malaysia. Kursus ini telah disertai seramai 36 penyertaan dari Syarikat ahli & 10 ahli PEKEMA.
