17 MAC 2024
Yayasan PEKEMA telah menganjurkan Majlis Iftar Ramadhan di Masjid Muhammadi, KL, bersama anak-anak asnaf dan tahfiz serta ahli-ahli PEKEMA.
Majlis tersebut bertujuan untuk menyampaikan bantuan duit raya kepada anak-anak yatim dan miskin, serta untuk mempereratkan silaturrahim di kalangan AJK PEKEMA dan ahli-ahli.
Acara dimulai dengan bacaan Al-Quran oleh Syeikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki, diikuti ucapan dari Pengerusi Masjid Muhammadi, YBhg. Dato’ Mohamed Irwan bin Mansor, dan ucapan dari Timbalan Pengerusi Yayasan PEKEMA, YBhg. Dato’ Hj. Wan Sazrudeen.
Setelah itu, dilakukan pemberian duit raya kepada 100 anak-anak dari Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan, KL, Maahad Tahfiz Miftahul Ulum, dan Maahad Tahfiz Al-Husni.
Aktiviti lain termasuk iftar, solat maghrib, isyak, tarawih berjemaah, dan jamuan moreh. Yayasan PEKEMA merakamkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. atas kejayaan majlis ini serta mengucapkan terima kasih kepada semua yang turut hadir untuk menjayakan program tersebut.