PEKEMA melalui Yayasan PEKEMA terus komited dalam memperkasa kebajikan masyarakat menerusi Program Bantuan Persiapan Menjelang Syawal Yayasan PEKEMA 2025, memastikan anak-anak asnaf dan pelajar tahfiz menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan.
Tahun ini, RM600,000 telah diperuntukkan bagi membantu mereka yang memerlukan di seluruh Malaysia, memberikan sinar harapan menjelang Syawal.
📺 Liputan khas di RTM Biz Malaysia pada 10 Mac 2025, petang tadi, turut menampilkan inisiatif ini, mengiktiraf usaha PEKEMA dalam menyemai keprihatinan dan meringankan beban golongan kurang berkemampuan. Saksikan bagaimana bantuan ini memberi impak yang bermakna kepada mereka yang memerlukan.
Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini, khususnya Mydin Malaysia atas sokongan padu yang berterusan.