Alhamdulillah, Majlis Ilmu Wanita HAWA, Perniagaan & Ramadan telah berlangsung dengan penuh jayanya pada 25 Februari 2025 yang lalu.
Terima kasih kepada Da’i Izzhar Nazri atas tazkirah yang begitu bermakna, serta kepada YBhg. Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Pengerusi Majlis HAWA Malaysia dan YBhg. Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Pengerusi HAWA Ekonomi atas perkongsian pengalaman serta pandangan mereka dalam memperkasa wanita dan perniagaan. Kehadiran Ustazah Farhatul Fairuzah turut menyerikan majlis ini 💖
Semoga ilmu yang diperoleh menjadi panduan dalam menyambut bulan Ramadan yang mulia serta memajukan perniagaan dengan keberkatan. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini!













