Menjelang Syawal 2025, seramai 100 anak-anak dari SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi & KAFA Asa Jaya, Semenyih menerima sumbangan persiapan raya dari Yayasan PEKEMA di MYDIN Hypermarket Semenyih.
Turut hadir menyantuni para penerima ialah YBhg. Datuk Hj Mohamed Nazari Bin Noordin, Presiden PEKEMA dan YM Raja Petra Marudin Bin Raja Nordin, Naib Presiden PEKEMA.
Semoga bantuan ini membawa keceriaan dan kebahagiaan buat mereka. Terima kasih kepada semua yang menjayakan inisiatif ini




