8 Januari 2025, Sintok – Yayasan PEKEMA dengan kerjasama anak syarikat PEKEMA, Central Auto Distributors Bhd (CADB) dan Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz, Universiti Utara Malaysia (UUM), telah tampil untuk membantu 45 komuniti sekitar Changlun, termasuk staf UPSB yang terkesan di bawah Program Charity BOX Yayasan PEKEMA.
UUM dan Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) sentiasa berusaha untuk memainkan peranan terbaik dalam membantu komuniti yang memerlukan, khususnya warga universiti yang terkesan oleh bencana ini.
Semoga bantuan yang diberikan dapat menolong dan memberi semangat kepada mereka.






