Alhamdulillah, Yayasan PEKEMA telah menerima jemputan untuk bersiaran secara langsung dalam Program Apa Khabar Malaysia di BERNAMA TV pada 30 Disember 2024, 9.30 pagi.
Presiden PEKEMA yang juga merangkap Pengerusi Yayasan PEKEMA, Datuk Hj. Mohamed Nazari Noordin, bersama dengan Setiausaha Kehormat PEKEMA, Encik Ahmad Faresh Bin Ahmad Zahid telah dijemput ke studio BERNAMA TV untuk berkongsi mengenai sumbangan dan program Tanggung jawab Sosial Korporat / Corporate Social Responsibility (CSR) yang dilaksanakan olehYayasan PEKEMA sepanjang tahun 2024.
Antaranya:
- Inisiatif kebajikan kepada golongan kurang berkemampuan.
- Peluang pendidikan kepada anak-anak asnaf.
- Pelaksanaan program pembangunan komuniti di seluruh negara.
Yayasan PEKEMA sentiasa komited dalam mengangkat kebajikan masyarakat demi kesejahteraan rakyat Malaysia.




