Presiden PEKEMA, YBhg Datuk Hj Mohamed Nazari Bin Noordin; Naib Presiden PEKEMA, YM Raja Petra Marudin Bin Raja Nordin; Setiausaha Kehormat PEKEMA, En. Ahmad Faresh Bin Ahmad Zahid; Bendahari Kehormat PEKEMA, Tuan Haji Ikmal Haqemi Bin Dato’ Sri Ikmal Hisham serta delegasi PEKEMA melakukan kunjungan hormat kepada YB Menteri MITI, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz di Ibu Pejabat Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Pertemuan tersebut membincangkan tentang beberapa isu penting berkaitan industri automotif disamping memperkukuhkan jalinan kerjasama baik antara MITI dan PEKEMA.
Kami amat berharap bahawa kerjasama ini akan memberikan manfaat yang signifikan kepada kedua-dua pihak.


