Kegembiraan Syawal dikongsi bersama!
Yayasan PEKEMA berpeluang menyantuni para pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai, Kelantan dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Raya PEKEMA 2025. Semoga sumbangan ini dapat menceriakan mereka dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Bersama, kita teruskan misi menyebarkan kebaikan!


