Kira-kira 150 pelajar tahfiz dan golongan asnaf dirai dalam satu majlis iftar dan sumbangan hari raya anjuran PEKEMA (Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia) di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, di sini hari ini
Para pelajar yang disantuni:
✅️ SK Cyberjaya
✅️ Maahad Tahfiz Al-Husni
✅️ Maahad Tahfiz Miftahul Ulum (Banat)
✅️ Madrasah Quran Darussalam (MQDS) Banat
Sebagai sebahagian daripada program tahunan Yayasan PEKEMA, sumbangan duit raya berjumlah RM100 beserta beg sekolah telah diberikan kepada anak-anak ini bagi menceriakan mereka dalam menyambut Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.
Selain itu, Yayasan PEKEMA turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya sebagai tanda sokongan dalam memperkukuh peranan masjid sebagai pusat ibadah dan kebajikan masyarakat.
Turut dihadiri dalam majlis ini ialah Sahibul Fadhilah Syeikh Abdul Karim Al Makki bagi menyampaikan tazkirah pendek kepada para tetamu.
Semoga usaha ini membawa keberkatan dan kegembiraan kepada semua yang menerima. Ramadan adalah bulan berkongsi rezeki dan mengeratkan ukhuwah







