9 MEI 2024
Pada 9 Mei, DMP telah mengadakan lawatan ke beberapa showroom ahli PEKEMA yang terletak di sekitar kawasanJohor Bahru (Zon Selatan). Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara ahli PEKEMA serta untuk membincangkan isu-isu semasa yang dihadapi oleh mereka. Program ini juga merupakan peluang bagi DMP untuk mendalami cabaran dan keperluan ahli-ahli bagi merancang inisiatif yang lebih berkesan pada masa hadapan. Antara bilik pameran syarikat ahli PEKEMA yang dilawati adalah: SM GALAXY SDN. BHD | JLA MOTORSPORTS SDN BHD | MUTIARA MOTORSPORTS SDN BHD | SYAH AUTO SDN BHD
Lawatan ke showroom-showroom ini telah memberikan pandangan yang mendalam mengenai cabaran yang dihadapi oleh ahli-ahli PEKEMA. Melalui perbincangan yang konstruktif, beberapa penyelesaian telah dikenal pasti dan akan dibawa ke mesyuarat PEKEMA untuk tindakan lanjut. DMP yakin bahawa lawatan ini telah memperkukuhkan hubungan antara ahli-ahli PEKEMA dan akan membawa manfaat jangka panjang kepada organisasi serta semua anggotanya.