Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) telah mengadakan satu Sesi Perjumpaan Ahli PEKEMA bersama Agensi Kerajaan dan Majlis Iftar pada 19 Mac 2025, di Palm Garden Hotel, IOI Resort, Putrajaya yang turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), PUSPAKOM dan Kementerian Kewangan (Bahagian Cukai).
Turut diadakan taklimat oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM):
📌 Bahagian Perkhidmatan Teknik – Permohonan Penetapan Nilai Kastam Kenderaan CBU Import Terpakai
📌 Bahagian Perkastaman – SOP Gudang Berlesen PEKEMA
Majlis ini diakhiri dengan sesi iftar bersama, mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli dan agensi berkaitan.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada juga pegawai-pegawai Agensi Kerajaan yang terlibat yang turut hadir dalam majlis ini. Keberadaan mereka merupakan bukti sokongan yang tidak ternilai kepada perkembangan industri kenderaan di Malaysia.
Sebagai penggerak utama dalam industri kenderaan negara, PEKEMA berharap agar hubungan yang terjalin dapat diteruskan dalam suasana yang penuh harmoni dan saling percaya. Kami yakin bahawa dengan kerjasama yang berterusan, industri kenderaan Malaysia akan terus berkembang pesat dan memberikan manfaat yang besar kepada ekonomi negara serta masyarakat Malaysia secara keseluruhan.












