PEKEMA Academy telah menganjurkan sesi latihan “Explore The Full Potential of Microsoft Excel” pada 15 September 2026, bertempat di Dewan Dato Hj Zainuddin bin Abd Rahman, Aras 7, Wisma Yayasan PEKEMA.
Sesi latihan ini memberi tumpuan kepada penguasaan fungsi serta ciri-ciri Microsoft Excel yang dapat membantu peserta mengurus, menyusun dan menganalisis data dengan lebih sistematik dan berkesan.
Melalui latihan ini, peserta turut didedahkan kepada teknik serta kaedah penggunaan Excel yang praktikal bagi memudahkan tugasan harian, meningkatkan kecekapan pengurusan data serta memperkemas proses penyediaan laporan dan maklumat berkaitan pekerjaan.
Penganjuran latihan ini merupakan antara usaha berterusan PEKEMA Academy dalam menyediakan peluang pembangunan kemahiran dan peningkatan kompetensi melalui program latihan yang relevan dengan keperluan semasa.









