Yayasan PEKEMA dengan kerjasama Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) meraikan jasa dan sumbangan golongan artis veteran yang memerlukan sokongan dalam Majlis Sumbangsih PEKEMA Prihatin pada 23 November 2024 bertempat di Hotel Pullman Kuala Lumpur City Centre.
Sebanyak 30 artis, termasuk pelakon, penyanyi, dan penggiat seni lain, menerima bantuan kewangan sebagai tanda penghargaan atas dedikasi mereka dalam industri seni.
Terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang menjayakan usaha murni ini. Semoga langkah ini menjadi inspirasi untuk terus menyokong mereka yang telah berjasa kepada industri seni tanah air.








