Alhamdulillah. Syukur kita ke hadrat Ilahi,
Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) pada Sabtu, 23 November 2024 dengan jayanya telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke 43, bertempat di Pullman Kuala Lumpur.
PEKEMA dengan ini mengambil kesempatan menzahirkan Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih kepada seluruh Ahli PEKEMA yang menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA ke 43.
Kepada Ahli-ahli PEKEMA yang telah memberikan pandangan-pandangan bernas, cadangan-cadangan membangun dan kata-kata semangat kepada seluruh warga PEKEMA pada mesyuarat kali ini, diucapkan Terima Kasih.
Semoga kita kekal bersemangat dalam memperjuangkan kemajuan bersama.
Selamat Datang dan Terima Kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli baru PEKEMA yang buat pertama kalinya turut menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA pada kali ini. Semoga kehadiran Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan bakal melonjakkan lagi sumbangan kepada ekonomi dan kemajuan industri automotif tanah air.
Terima Kasih warga PEKEMA.
Satu Gabungan, Satu Perjuangan.








