4 Mei 2024, PEKEMA Sabah telah menganjurkan sebuah majlis himpunan mesra di antara ahli-ahli PEKEMA Sabah bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bahagian Perkastaman Ibu Pejabat Kastam Putrajaya, di Hotel Hilton, Kota Kinabalu, Sabah.
Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi mengukuhkan hubungan antara ahli-ahli PEKEMA Sabah dengan pihak kerajaan JKDM serta menjadi platform bagi memahami prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Majlis ini dapat memberi peluang kepada ahli-ahli PEKEMA Sabah dan wakil daripada JKDM untuk berinteraksi secara langsung. Diskusi-diskusi dan pertukaran pendapat telah berlaku untuk mencari penyelesaian yang terbaik.
Semoga ia dapat meningkatkan pemahaman kepada ahli-ahli PEKEMA Sabah dan kerjasama erat antara pihak PEKEMA dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, seterusnya menjadi platform berharga dalam memperkukuhkan industri kenderaan Malaysia.
Pada majlis yang sama, terdapat juga penerangan yang mendalam mengenai kerjasama PEKEMA dengan syarikat Dongfeng Motors mengenai kenderaan elektrik, S31 Nammi 01 daripada Pengarah Operasi CADB, Dato SM Zulkifli SM Amin.

