4 MEI 2024 | SABAH – 65 orang anak-anak tahfiz dari Madrasah Tahfiz Al-Quran Nahdatul Ilmiah, Taman Sempelang, dan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Kota Kinabalu, Kingfisher, telah diraikan dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pekema Sabah 2024.
Selain duit raya, PEKEMA Sabah turut menyumbangkan peralatan Qasidah untuk Madrasah Tahfiz Al-Quran Nahdatul Ilmiah.
Majlis ini menjadi lebih bermakna dengan kehadiran pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dari cawangan Putrajaya dan exco serta ahli jawatankuasa dari PEKEMA pusat.
