PEKEMA telah menganjurkan satu Sesi Taklimat Khas untuk ahli-ahlinya bagi meneroka peluang perniagaan sebagai Pengedar Proton 3S pada Khamis, 17 September 2026 bertempat di Wisma Yayasan PEKEMA, Cyberjaya.
Program ini, yang telah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa KWADAB, akan disokong oleh geran padanan bernilai RM30 juta – satu peluang keemasan untuk ahli memperluas perniagaan ke jenama kebangsaan. Lebih 50 syarikat ahli hadir dengan lebih 80 penyertaan ahli.
Dalam ucapan alu-aluannya, Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari bin Noordin, menyeru ahli agar merebut peluang ini untuk melonjakkan perniagaan bersama Proton, di samping terus mengusahakan perniagaan kenderaan import terpakai.
Proton diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Ir. Abdul Rashid bin Musa, bersama pegawai dari PRO-NET dan Proton Edar. Turut hadir, wakil MARii yang berperanan sebagai rakan teknikal bagi memastikan kejayaan program ini.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan kepada Proton serta MARii atas kerjasama yang erat. Mari kita bersama-sama membina masa depan automotif Malaysia!












